Assalamualaikum blogger , here we go again , hmmm lagi 4 hari fara akan cukup umur 18 tahun , woahoho ! berapa banyak hadiah laa yang fara akan dapat kan ? hmmm tak , tak , tak fara ! don't think about it ! hadiah takan mampu nak bagi balik saat-saat indah fara bersama nenek ! nenek , kenapa nenek pergi dulu ? nenek kan pernah cakap yang nenek nak tengok cucu nenek ni dapat diploma ? hmmmm takpa laa nenek , semoga nenek dan tokba tenang di sana , fara sering dapat mimpi tentang nenek , mimpi seolah-olah iainya benar . kalau laa nenek masih hidup mesti nenek suka tengok yang abah dah ada bisnes restoran sendiri :') hmmm setiap kenangan bersama nenek tu memang indah sangat , hmm untuk pengetahuan pembaca semua , nenek fara seorang yang menghidap penyakit strok iaitu lumpuh tapi semangat dia memang kuat sebab tu la fara teramat menyayangi nenek , meskipun nenek fara lumpuh dia seorang yang kuat menempuhi hari-hari yang mendatang , nenek fara ni jenis yang tak tahu duduk diam sebab ada saja benda yang dia nak buat , kalau dia pi restoran mak(mak cik yang) mesti dia akan potong sayur banyak-banyak . lepastu nenek takan lupa tanggungjawab dia sebagai orang islam , walaupun lumpuh nenek masih lagi mampu untuk menunaikan solat , nenek akan solat di sebuah meja khas :') kalau nak pergi tandas pun dia nak pi sendiri , nak di jadikan cerita masa raya tahun 2008 dulu , kaka sepupu fara ada buat pertandingan karoake kat rumah mak(mak cik yang) , so fara,amir,dan fariza tido laa rumah mak malam tu semata-mata nak join pertandingan karoake ,kami berkaroake sampai lewat malam laa , nenek ? nenek pun tido lambat malam tu sebab nak tengok dan dengar cucunya bersuka ria , hmmm pagi tu nenek ngadu yang dia sakit , hmmm rasa nyesal sangat sebab kami enjoy sampai lupa yang nenek dah tak kuat macam dulu , jadi mak cik ani suruh fara jaga nenek kat rumah mak , hmmm best sangat dapat jaga nenek time tu , tengok tv dengan nenek , sikat rambut nenek , bagi nenek mandi , pakaikan lampin kat nenek , sarung baju kelawar kat nenek dan dengar nenek bercerita tentang zaman dia dahulu . hmmm . . . sekarang ni semua tu dah tadak ! suma tu dah jadi kenangan dan sejarah dalam hidup fara ! hmmm apa-apa pun fara dah redha dengan kepergian nenek dari sisi hidup fara , semoga tuhan mempertemukan fara dengan nenek dan tokba di akhirat kelak :'( nothing can replace arwah nenek in my heart ! loveyou nenek ! :'(
amigos adios
No comments:
Post a Comment